Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_PWTC

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Gombak di Putra, Kuala Lumpur. Di sebelah kiri stesen adalah pusat membeli-belah Sunway Putra. Juga terletak berhampiran stesen adalah kondominium Bistari, kondominium Villa Putra, kondominium Villa Puteri, hotel Sunway Putra, hotel Regalia Suites, hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Menara Dato Onn dan Pusat Dagangan Antarabangsa Putra (PWTC).

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
AG/SP Arah Selatan3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Sultan Ismail)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Sultan Ismail)
AG/SP Arah Utara3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Titiwangsa)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Titiwangsa)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras LegarMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan jejambat pejalan kaki ke Sunway Putra Mall dan 1 2 Putra
GAras TanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1]

Perkhidmatan Bas

Bas Setara Jaya laluan BET5, BET6 dan Bas RapidKL laluan 852 berkhidmat di stesen ini.